Pastikan kebersihan dan kualiti makanan jualan

Bulan Ramadan memberikan peluang kepada para peniaga kecil di negara ini untuk memulakan perniagaan di gerai-gerai Ramadan yang diadakan. Setentunya pelbagai juadah yang dapat diperoleh untuk berbuka puasa.

Namun, sesetengah juadah berbuka puasa ini mengecewakan para pembeli kerana makanan dan minuman yang dijual oleh sesetengah penjual belum cukup masak dan lebih menyedihkan lagi ada yang sudah dalam keadaan basi.

Kenapa sesetengah peniaga sanggup menjual makanan dan minuman sedemikian rupa? Para peniaga disarankan tidak mementingkan diri sendiri dan hanya mengaut keuntungan daripada pelanggan. Mereka perlu telus dan ikhlas menjual barangan mereka dan menitik beratkan kebersihan barang jualan, bahan-bahan, alat perkakas, diri sendiri dan meningkatkan kualiti makanan. Jika ada makanan yang berlebihan janganlah diulang berkali-kali dan sebaiknya disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Berniaga secara sihat