Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pastikan kebersihan Kompleks Sri Selera Seria

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Sebagai usaha berterusan dalam memastikan tahap kebersihan prasarana-prasarana kemudahan awam dan kawasan di bawah kawalan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan di Kompleks Sri Selera Seria, Daerah Belait yang diteruskan dengan penanaman pokok di kompleks tersebut, kelmarin.

    Kempen dan penanaman pokok itu merupakan salah satu aktiviti dan program dirancang jabatan tersebut bagi tahun ini, bermula pada Januari lalu dan disertai oleh para pegawai dan kakitangannya.

    Empat anak pokok jenis conifer telah ditanam pada kempen yang turut dihadiri oleh Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim dan Pemangku Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Arifpin bin Haji Bujang.

    Ia diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan di kawasan dalam dan luar Kompleks Gerai Sri Selera Seria.

    Kempen kebersihan yang dijalankan di Kompleks Sri Selera Seria. – Gambar serahan JBKBS

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...