Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Pastikan kebersihan tandas awam

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Kemudahan tandas awam boleh menjadi tarikan dan penentu untuk orang ramai membuat pilihan bagi mengunjungi ke sesuatu tempat seperti restoran, gedung membeli-belah, pos kawalan, pasar, tamu, taman rekreasi dan pantai.

Oleh itu, kemudahan tandas awam yang bersih dan teratur serta persekitarannya yang selamat harus ditekankan bagi kesejahteraan pengguna termasuk masyarakat umum dan pelancong.

Media Permata turut membuat tinjauan ke beberapa buah lokasi kunjungan orang ramai seperti tamu, gedung membeli-belah dan restoran untuk menyaksikan dengan lebih dekat kemudahan tandas yang disediakan di sekitar Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

Tinjauan mendapati bahawa tandas-tandas dalam keadaan bersih dan teratur dengan petugas pembersih membuat kerja-kerja pembersihan tandas yang kerap.

Salah seorang pengunjung di sebuah restoran, Dayang Halimah berpendapat bahawa keadaan restoran yang bersih dan teratur termasuk penyediaan kemudahan tandas
yang bersih, turut mempe-ngaruhi pilihan restoran yang dikunjungi.

Kemudahan tandas awam yang bersih dan teratur merupakan salah satu tarikan bagi pengunjung ke sesebuah lokasi.
Gred dan penilaian yang diberikan kepada tandas awam yang diaudit oleh Unit Standard dan Pematuhan, Jabatan Kemajuan Pelancongan.

Baginya hidangan masakan yang enak merupakan faktor utama tetapi jika keadaan persekitaran restoran yang tidak teratur atau tidak bersih, beliau tidak akan berkunjung ke restoran berkenaan.

Sementara itu, seorang pengunjung sebuah taman rekreasi, Albert menyatakan pujian kepada pihak pengurusan taman dan petugas pembersih yang sentiasa memastikan bahawa kawasan sekitar taman terpelihara serta kemudahan tandas yang bersih.

Beliau berkata bahawa pilihan untuk melakukan riadah berjalan kaki di taman berkenaan bukan sahaja disebabkan pemandangan dan keindahan taman tersebut tetapi juga kemudahan tandas yang disediakan bersih dan teratur.

Baginya kemudahan tandas yang bersih adalah amat penting kerana para pengunjung berada di kawasan riadah itu bagi jangka masa sekurang-kurangnya 30 minit dan sering kali perlu untuk menggunakan tandas.

Beliau turut menyeru orang ramai khususnya pengunjung ke taman-taman rekreasi supaya dapat memainkan peranan mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan kemudahan yang disediakan dan tidak menyalahgunakan atau merosakkan kemudahan berkenaan.

Perbuatan seumpama itu, katanya lagi, bukan sahaja merugikan pihak kerajaan yang menyediakan kemudahan berkenaan tetapi juga menyusahkan para pengunjung yang perlu menggunakan kemudahan seperti tandas awam.

Media turut berpeluang mendapatkan ulasan daripada seorang pengurus sebuah pusat membeli-belah di Berakas, Lim yang menerangkan bahawa pihaknya amat mengambil berat mengenai dengan keselesaan peniaga dan pengunjung ke pusat membeli-belah berkenaan.

Beliau memahami keperluan untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan teratur termasuk memastikan kemudahan tandas yang baik bagi para pengunjung dan pekerja kedai di pusat berkenaan.

Tambahnya, petugas pembersih akan membuat kerja-kerja pembersihan setiap hari untuk memastikan kawasan terjaga termasuk tandas dalam keadaan bersih, baik dan teratur.

Kepentingan untuk memastikan kebersihan tandas awam dan tatacara pembersihan tandas yang berkesan dengan menggunakan amalan terbaik turut ditekankan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan di mana melalui program pengauditan tandas awam, Unit Standard dan Pematuhan di bawah jabatan itu melakukan pengauditan, membuat penilaian serta mengambil berat terhadap kebersihan tandas-tandas awam terutama di lokasi-lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong dan orang ramai.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan tandas awam yang bersih dan baik di lokasi-lokasi kunjungan orang ramai amat penting dan kita harus memainkan peranan dalam sama-sama untuk menjaga kebersihan kemudahan tandas awam yang disediakan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -