Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Pastikan kelancaran Majlis Konvokesyen KUPU SB

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bagi memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke-12 yang akan berlangsung pada 1 Oktober ini, sesi raptai penuh majlis berkenaan telah diadakan hari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, pegawai-pegawai utama dan pensyarah KUPU SB serta ahli-ahli jawatankuasa kecil majlis konvokesyen dan para graduan.

    Majlis konvokesyen itu nanti akan menyaksikan seramai 243 bakal graduan menerima sijil dan diploma dalam bidang program masing-masing yang terdiri daripada dua orang bakal graduan program ijazah doktor falsafah, lima orang bakal graduan dalam program sarjana, 50 orang bakal graduan dalam program diploma perguruan agama lepasan ijazah, 80 bakal graduan dalam program sarjana muda dan 106 bakal graduan dalam program diploma.

    Dr Haji Adanan hadir menyaksikan sesi raptai penuh Majlis Konvokesyen KUPU SB ke-12, kelmarin. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...