Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Pastikan keselamatan dan jangan lebih muatan

    Surat pembaca ini ditujukan kepada pihak relevan terutama syarikat-syarikat penghantaran atau pekedai terhadap muatan barangan penghantaran yang mereka lakukan.

    Baru-baru ini, hasil dari tinjauan saya sendiri menemukan dua kenderaan pengangkutan pada waktu dan tempat berbeza kurang menitikberatkan keselamatan perkhidmatan penghantaran mereka yang mana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan yang lain.

    Kedua-dua kenderaan tersebut kelihatan tidak mengikut piawaian jumlah muatan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan salah sebuah kenderaan yang jumpai itu senget sebelah manakala sebuah lagi membawa barang lebih dari muatan dan tidak ditambat dengan penutup untuk mengelakkan barang terjatuh.

    Pihak relevan perlu menitikberatkan keselamatan kenderaan pengangkutan mereka demi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diinginkan dan mengikut setiap piawaian had muatan dan cara mengendalikan penghantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

    Zai

    Kenderaan yang dimaksudkan penulis yang dikatakan kurang menitik beratkan keselamatan perkhidmatan pengangkutan mereka. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -