Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pastikan ketumpulan gerakan penyudah diatasi – Maloney

    KUALA LUMPUR, 20 FEB – Ketua Jurulatih skuad Kebangsaan Bawah 23 (B-23) Brad Maloney berharap ketumpulan gerakan penyudah pasukan itu dapat diatasi, apabila mereka sekali lagi bertemu Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), esok.

    Dalam perlawanan menentukan hidup atau mati itu, Maloney menggesa anak buahnya untuk lebih efisyen di hadapan pintu gol, dan menggunakan kesemua peluang untuk menjaringkan gol.

    Beliau yang mempertahankan corak taktikal pasukannya itu selepas kekalahan mengejut kepada Laos berkata ketajaman di hadapan pintu gol amat penting dalam memastikan pasukan dapat mencatatkan keputusan positif dan seterusnya layak ke pusingan selanjutnya dalam kejohanan itu.

    “Jika kita melihat kepada statistik perlawanan itu, sepanjang 90 minit, kita menguasai kira-kira 67 peratus, kita mempunyai lebih banyak sepakan tepat daripada lawan, memenangi lebih banyak gerakan individu daripada lawan.

    “Pada kita adalah penting untuk menukarkan penguasaan itu kepada jaringan gol, sepakan tepat kepada jaringan gol, kita amat perlukan lebih banyak gerakan penyudah di hadapan pintu gol dalam usaha mendapatkan keputusan dikehendaki,” katanya dalam sidan media secara maya dari Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

    Pada perlawanan pembukaan mereka di Stadium Prince di Phnom Penh itu, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Laos dengan pemain tengah A. Selvan menjaringkan gol tunggal negara, manakala Bounphachan Bounkong dan Phetdavanh Sangvilay berjaya memastikan tiga mata untuk mereka.

    Keputusan itu menyebabkan anak buah Maloney, perlu menang dengan kelebihan dua gol pada pertemuan kedua mereka di stadium yang sama esok, bagi memastikan layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

    Bagaimanapun Maloney masih percaya anak buahnya mempunyai kelebihan untuk mengatasi Laos selepas berjaya menunjukkan permainan secara keseluruhan yang baik walaupun mereka tewas.

    “Pada saya kami menguasai sebahagian besar kawasan, namun suatu yang tidak dapat kita kuasai ialah jaringan. Jadi banyak perkara yang menjadi untuk kami untuk masa yang lama, jadi kami akan terus lakukannya dan berharap dapat perbaiki lagi di hadapan pintu gol,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...