Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pastikan pekerja berdaftar skim TAP, SCP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebanyak 51 premis telah diperiksa oleh pegawai-pegawai pemeriksa Tabung Amanah Pekerja (TAP) di mana didapati lima orang pekerja tempatan masih belum didaftarkan di bawah Skim TAP dan SCP.

    Dapatan itu merupakan hasil pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan, Tabung Amanah Pekerja semasa siri lawatan ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Mukim Mentiri, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, di sini, majikan yang gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa lawatan telah pun diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan selanjutnya dan memastikan pekerja-pekerja berkenaan didaftar dan dicarumkan.

    Lawatan berkenaan adalah bagi memastikan majikan telah menjalankan tanggungjawab dalam urusan pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja-pekerja tempatan ke Skim TAP dan SCP.

    TAP turut mengingatkan majikan mengenai tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan dan membayar caruman pekerja-pekerja yang layak ke Skim TAP dan Skim SCP.

    Pekerja tetap, pekerja sementara, pekerja berkontrak, pekerja bergaji hari dan pekerja di dalam tempoh percubaan yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang mencukupi syarat adalah wajib didaftarkan dan dicarumkan ke Skim TAP dan Skim SCP.

    Pegawai pemeriksa TAP ketika membuat pemeriksaan di premis perniagaan di sekitar kawasan Mukim Mentiri, baru-baru ini. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...