Pastikan pelanggan rasa selamat

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dalam melipatgandakan usahanya untuk menjaga para pekerja barisan hadapan atau kakitangan perubatan dan pelanggan, Pizza Hut Brunei telah melancarkan kotak piza berwajah baharu, hari ini.

Langkah-langkah keselamatan ini antara lain bertujuan untuk melindungi pelanggan dengan fokus utama membantu memastikan pelanggan merasa selamat, dihargai dan dijaga dalam masa negara menghadapi situasi wabak COVID-19 ini.

Bermula minggu ini, semua kotak piza akan disertakan dengan pelekat sebagai salah satu langkah keselamatan supaya pesanan tersebut sampai ke tangan pelanggan dengan selamat dan memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa makanan mereka tidak disentuh sebelum sampai kepada pelanggan.