Pastikan penggunaan Bahasa Melayu tetap relevan

Terdapat peribahasa Melayu mengatakan bahawa ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Satu dekad yang lalu amat mudah untuk mengajar dan berkomunikasi dengan anak-anak dengan hanya menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa utama bagi kebanyakan penduduk tempatan serta lingua franca merentasi etnik dan bangsa. Walau bagaimanapun, itu semua tidak lagi berlaku.

Saya bercakap dalam bahasa Melayu kepada semua anak saya dalam sama-sama menyemai nilai-nilai dan tradisi Melayu. Mereka boleh bercakap dalam bahasa Inggeris ketika bersama rakan-rakan dan bahasa Melayu ketika bersama saudara-mara.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, kebanyakan saudara-mara saya bercakap hanya dalam bahasa Inggeris dengan anak perempuan saya yang berumur empat tahun. Walaupun ketika dia sedang bermain di taman permainan, kebanyakan kanak-kanak walaupun berumur dua tahun sudah bijak bertutur dalam bahasa Inggeris dan bukan dalam bahasa Melayu.

Anak-anak kecil yang menghadiri tadika seawal dua tahun ke atas telah diajar dalam bahasa Inggeris. Mereka dibesarkan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehingga mereka boleh kehilangan kemahiran untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Apabila membawa anak perempuan saya ke klinik kerajaan untuk menghadiri temujanji untuk menguji kemahirannya dalam pelbagai aspek, jururawat dan doktor bercakap dalam bahasa Inggeris dan menggunakan buku kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Tidak menjadi kesalahan jika kanak-kanak itu bercakap lebih daripada satu bahasa akan tetapi ia sedikit sebanyak menghakis penggunaan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Terdapat juga doktor Melayu yang tidak mampu berbahasa Melayu dengan pesakit dan jururawat perlu membantu dalam menterjemahkannya.

Ia menjadi satu tekanan bagi beberapa ibu bapa termasuk saya untuk mengajar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu kepada anak-anak apabila berada di persekitaran yang sebaliknya.

Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak mempunyai dua bahasa utama, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sebagai medium untuk berkomunikasi akan tetapi kita tidak sepatutnya kehilangan satu bahasa untuk menguasai yang lain. Agensi-agensi yang berkaitan perlu bekerja keras bagi memastikan bahawa penggunaan Bahasa Melayu adalah masih relevan. – Puan Bilingualisme