ROM, 26 Jun – Javier Pastore melanjutkan rundingan bersama AS Roma kelmarin selepas pemain tengah Argentina itu ke Itali untuk membincangkan syarat perjanjian perpindahan empat tahun dari Paris Saint-Germain.
Roma memuat naik gambar menerusi akaun Twitter yang menunjukkan pemain berusia 29 tahun itu tiba di lapangan terbang Rom dan memegang skaf Roma di mana para penyokong menyambutnya di balai ketibaan.
Paris Saint-Germain berdepan tekanan daripada UEFA untuk mengimbangi kewangan selepas penandatanganan Neymar dan Kylian Mbappe dalam perjanjian mewah musim lepas sekali gus mencetuskan pengauditan hal ehwal kewangan kelab itu. – AFP