Pasukan Afghan berjuang atasi serangan Taliban

KANDAHAR, AFGHANISTAN, 1 OGOS – Pasukan kerajaan Afghanistan bergelut menentang serangan Taliban ke atas beberapa bandar besar hari ini ketika pemberontak meningkatkan serangan meluas yang menyaksikan lapangan terbang dibom roket semalam.

Ratusan komando dikerahkan ke bandar barat Herat ketika pihak berkuasa di bandar selatan Lashkar Gah menggesa bagi lebih banyak tentera untuk menumpaskan serangan.

Pertempuran telah meningkat di seluruh negara itu sejak Mei ketika pasukan asing diketuai AS memulakan pengunduran akhir.

Selepas merampas sebahagian besar wilayah luar bandar dan menawan sempadan penting, Taliban memulakan serangan ke atas bandar-bandar wilayah.

Perkhidmatan penerbangan keluar dari Kandahar, bandar kedua terbesar Afghanistan dan bekas kubu pemberontak, telah dibatalkan selepas roket-roket menyerang lapangan terbang sebelum subuh.

Ketua Lapangan Terbang, Massoud Pashtun berkata dua roket telah menyerang landasan dan pembaikan sedang dijalankan dengan operasi akan disambung kemudian hari ini. – AFP

Komando tentera Afghanistan mengawal di sepanjang jalan di daerah Enjil, Herat pada 1 Ogos. – AFP