Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Pasukan All Black berdepan rombakan jika tewas

    JOHANNESBURG, 10 OGOS – Kapten pasukan ragbi New Zealand, Sam Cane (gambar), menegaskan bahawa pasukannya All Black mampu menangani tekanan dalam menghadapi pasukan daripada Afrika Selatan apabila mereka tewas empat kali berturut-turut tahun ini.

    Pasukan All Black berdepan dengan prestasi terburuk mereka dalam sukan ragbi selepas mereka tewas sebanyak lima daripada enam perlawanan ujian pada bulan November lalu.

    Berikutan dengan kekalahan mereka kepada Ireland dan Perancis semasa siri perlawanan Eropah, pasukan ragbi dari New Zealand itu tumpas dalam perlawanan menentang juara dunia Afrika Selatan dengan kiraan 26-10 di Mbombela.

    Kekalahan tersebut membuatkan peluang untuk rombakan ketua jurulatih, Ian Foster, jika All Black akan tewas lagi dalam perlawanan minggu ini.

    Walau bagaimanapun, Cane optimistik bahawa pasukannya boleh menangani tekanan yang diberikan dalam perlawanan yang akan datang.

    “Awda boleh merasakan tekanan, mustahil untuk tidak merasanya. Saya berbohong jika saya cakap saya tidak berasa tertekan,” kata Cane kepada wartawan di Johannesburg. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...