Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pasukan B-20 Brunei Kecundang 2-0

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Pasukan bola sepak Brunei Darussalam bawah 20 tahun (B-20) tewas 2-0 kepada Pasukan B-20 Sarawak semasa perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 bertempat di Padang Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Berakas, petang tadi.

    Pasukan tuan rumah mempunyai peluang untuk berada di hadapan selepas Hakeme Yazid bin Said mengawal bola dengan kemas setelah menerima hantaran, namun percubaannya tersasar.

    Tidak lama selepas itu, Sarawak berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Muhammad Adifbadri Ariffin pada minit ke-10.

    Pasukan pelawat hampir menggandakan kedudukan selepas Alan Lagang Keryer memecah kubu pertahanan negara namun rembatannya tidak tepat.

    Hakeme, yang merupakan pemain paling berpengaruh dalam skuad negara, terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan setelah percubaannya tersasar keluar.

    Aksi pemain B-20 Brunei Darussalam mengawal bola semasa pertemuan menentang Pasukan B-20 Sarawak, kelmarin.

    Brunei Darussalam membuat pertukaran pertama dengan Muhammad Bazli Aminuddin menggantikan Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali sebelum separuh masa.

    Peminat semakin teruja dengan pemain gantian yang dibawa masuk selepas memberikan tekanan kepada pemain pertahanan Sarawak pada awal babak separuh masa kedua.

    Pasukan Sarawak beroleh gol kedua menerusi Mohammad Faris bin Mohd Faidhillah yang dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73.

    Perlawanan persahabatan antarabangsa ini memberikan peluang kepada peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan pasukan muda negara bermain menentang pasukan lawan dari luar di laman sendiri.

    Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut menyaksikan perlawanan ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...