Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan basikal terima suntikan semangat

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Khairil Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Persekutuan Basikal Brunei Darussalam hari ini menerima tajaan daripada i-Sports Wear dan Awang Tum Tum, dengan majlis penandatanganan memorandum persefahaman berlangsung di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkia, Berakas.

    Dalam perkara itu, i-Sports menaja pakaian teknikal termasuk jersi, sarung tangan dan ‘shoe cap’, sementara Awang Tum Tum pula menaja topi jenama ‘ranking’ dan kotak peralatan bagi pasukan basikal kebangsaan yang bakal bertolak ke Sukan Asia Tenggara di Kuala Lumpur esok.

    Setiausaha agung Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, Omar Ali bin Ibrahim telah mewakili persekutuan dalam penandatanganan hari ini, sementara bagi pihak i-Sport pula diwakili oleh Abdul Khalid bin Haji Ali.

    Dalam majlis itu, perwakilan persekutuan menegaskan rasa berbesar hati dengan tajaan ini dan akan berusaha sebaik mungkin dalam cabaran Sukan Asia Tenggara ke-29 Kuala Lumpur 2017 itu nanti.

    Barisan pelumba basikal negara yang bakal bersaing di Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur nanti.
    Barisan pelumba basikal negara yang bakal bersaing di Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur nanti.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda