Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pasukan bola keranjang veteran terima tajaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pasukan Bola Keranjang Veteran Brunei akan berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Keranjang Antarabangsa UCSI X Those Days yang berlangsung pada 29 Ogos hingga 4 September.

    Bagi menaikkan semangat pasukan veteran 60 tahun dan ke atas, TK Tea House Restaurant telah menaja jersi pasukan di mana penyerahan jersi telah disempurnakan oleh pemilik TK Tea House Restaurant, Ong Tze Keu, yang juga merupakan ahli pasukan berkenaan.

    Pasukan veteran itu turut dibarisi oleh pemain-pemain veteran berpengalaman iaitu Goh Kok An, Choo Hock Yong, Teo Hock Seng, Anthony Ran Yun Fook, Soon Ching Long, Ang Eng Kee, Ken Kho, Goh Kim Thiam, Lim Mah Lik, Chua Teck Chee dan Ho Pao San.

    Sementara itu, sebagai persiapan untuk pertandingan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Pasukan Bola Keranjang Veteran Brunei telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Keranjang Media yang berlangsung di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat.

    Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan Pasukan Bola Keranjang Veteran Brunei, 47-46.

    Ong Tze Keu menyerahkan jersi kepada wakil pemain pasukan bola keranjang veteran yang akan menyertai Kejohanan Bola Keranjang Antarabangsa UCSI X Those Days, hujung bulan nanti. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...