Pasukan bola sepak China kini lebih bersatu

SHANGHAI, 25 MEI – Koronavirus (COVID-19) telah menunda musim Liga Super China (CSL) tetapi telah memberi masa kepada pasukan kebangsaan untuk mencari kese-rasian di bawah jurulatih Li Tie, kata penjaga gol pasukan itu, Yan Junling.

China akan mengakhiri latihan dua minggu di kem latihan di Shanghai dan esok memulakan perlawanan dengan menentang pasukan Shanghai Shenhua di sebalik pintu tertutup, setelah mengalahkan bekas juara Shanghai SIPG 4-1 dalam satu lagi perlawanan persahabatan. CSL ditangguhkan kerana wabak COVID-19 tetapi pasukan kebangsaan telah berlatih selama beberapa minggu tahun ini, di dalam dan luar negara.

“Saya rasa sebenarnya untuk pasukan kami, kerana wabak itu, kami mempunyai masa yang lebih lama untuk berlatih bersama dan menjadi lebih akrab di antara satu sama yang lain,” kata pemain pertahanan Shanghai SIPG Yan.

“Kami juga dapat memahami sepenuhnya kehendak jurulatih dan sebenarnya ia membentuk pasukan untuk terus bersatu.” – AFP