Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Boling teru cemerlang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Pasukan Boling 10 Pin Campuran Brunei Darussalam mengakhiri penyertaan negara di Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 dengan meraih pingat perak, di belakang pasukan tuan rumah, Malaysia dan mengatasi saingan Pasukan Thailand yang meraih pingat gangsa.

    Pasukan boling negara diwakili oleh Kamarul Ariffin Haji Abdul Ghaffar, Khairul Anuar Haji Abdul Ghaffar, Muhammad Jamary Danggat dan Saidin Haji Awang Damit berjaya meraih 2,654 jatuhan pin, namun ketinggalan kepada Pasukan Malaysia yang berjaya menjatuhkan 2,851 pin.

    Setakat hari ini, Kontinjen Brunei Darussalam berjaya mencatatkan dua pingat emas, enam pingat perak dan enam pingat gangsa.

    Pasukan Boling 10 Pin menyumbang pingat perak terakhir negara di Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017.

    Dua pingat emas disumbangkan oleh gandingan Kamarul dan Saidin bagi acara Boling 10 Pin dan Alihan dalam acara lontar cakera.

    Sementara pingat perak diraih oleh Kamarul Ariffin (Tenpin Boling), Hirdan (lontar cakera), Hensan (lontar cakera), Alihan (lontar peluru), Kamarul, Jamary, Saidin (Tenpin Boling Trio Campuran) dan Kamarul, Khairul Anuar, Jamary, Saidin (Tenpin Boling Berpasukan Campuran).

    Penerima pingat gangsa negara ialah Hensan (lontar peluru), Hirdan (rejam lembing), Hamizan (berbasikal), Shahri (rejam lembing), Zainul (lontar cakera) dan Matin (rejam lembing).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda