Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pasukan Brunei B-23 berlepas ke Kemboja

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Kohort kedua pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara Brunei Darussalam berlepas ke Phnom Penh, Kemboja untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang akan berlangsung dari 14 hingga 26 Februari.

    Pengurus pasukan, Haji Adee Suhardee bin Haji Muhidin mengetuai rombongan tersebut.
    Pasukan itu, yang telah memulakan latihan hampir sejak Ogos tahun lalu di tengah-tengah gelombang kedua jangkitan COVID-19 di negara ini, melanjutkan latihan di padang dengan pematuhan ketat kepada prosedur operasi standard (SOP) bermula awal tahun ini.

    Skuad rasmi 26 anggota, yang diumumkan kelmarin, menyaksikan kemasukan pemain yang beraksi dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) di Manila, Filipina pada Disember 2019.

    Kohort pertama pasukan B-23 negara sebelum itu berlepas ke Kemboja Ahad lalu terdiri daripada penolong pengurus pasukan, Ah Chua Bangau, ketua jurulatih, Aminuddin Jumat dan pemain, Haziq Hazwan bin Wahin dan Md Alin Syahmi bin Hossaini.

    Pasukan Tebuan Muda itu akan memulakan kempen mereka menentang pasukan tuan rumah Kemboja pada 14 Februari di Stadium Kebangsaan Morodok Techo.

    Mereka juga diundi menentang Timor Leste dan Filipina dalam peringkat kumpulan.

    Kohort kedua pasukan B-23 negara bergambar ramai sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...