Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pasukan Brunei nanti cabaran Kyrgystan

    Oleh Fadhil Yunus

    SRI LANKA, 12 OGOS – Pasukan tenis kebangsaan Negara Brunei Darussalam menduduki tempat kedua dalam Pool ‘B’ kejohanan Piala Davis Kumpulan IV Asia/ Oceania selepas berjaya merekodkan dua kemenangan daripada tiga perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Persatuan Tenis Sri Lanka, Colombo.

    Pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Maldives 2-1 dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan sebelum bersaing dengan Kyrgyzstan pada 13 Ogos dalam perlawanan plyoff tempat ketiga dan keempat perlawanan.

    Kapten pasukan Brunei, Billy Wong Kee Long berjaya memperoleh mata pertama siri perlawanan setelah berjaya menewaskan Aiham Shiyam dengan keputusan 6-1 6-1.

    Billi Wong terus mempersembahkan permainan yang mengagumkan selepas tewas tiga perlawanan perseorangan sebelum ini.

    Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Mohammad Aiman Abdullah tewas kepada Abdulla Faaih Fazeel dari Maldives dengan keputusan 1-6 6-2 1-6, memberikan pasukan Maldives peluang dalam perlawanan best-of-three itu.

    Aksi kapten pasukan kebangsaan, Billy Wong Kee Loong semasa kejohanan Piala Davis Kumpulan IV Asia/ Oceania. – Gambar serahan Persatuan Tenis Sri Lanka

    Walau bagaimanapun, pasukan beregu negara, Mohammad Aiman dan Billy Wong muncul pemenang dalam pusingan ketiga penentu dengan kiraan 6-0, 6-4 sekaligus menewaskan gandingan Abdulla Faaih dan Hussain Nasif dari Maldives.

    Dalam perlawanan awal Piala Davis, pasukan Brunei tewas 3-0 kepada Iraq sebelum menang dalam perlawanan menentang Yaman 2-1.

    Negara Brunei Darussalam memenangi empat permainan dengan kapten pasukan, Billy Wong menyumbang dalam perlawanan perseorangan , manakala perlawanan regu menyaksikan Billy Wong dan Mohammad Aiman bermain dengan cemerlang.

    Kali terakhir Negara Brunei Darussalam menyertai kejohanan tenis antarabangsa Piala Davis adalah pada tahun 2008 dengan mendapat tempat kelima dalam Pool ‘A’.

    Piala Davis anjuran Sri Lanka tahun ini menyaksikan penyertaan pertama pasukan kebangsaan dalam kejohanan tenis tersebut sejak pandemik COVID.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...