Pasukan bukan pilihan buat kejutan

LOS ANGELES, 19 OGOS – Pasukan-pasukan pilihan kelapan telah memberikan kejutan dalam perlawanan pembukaan playoff mereka kelmarin ketika Portland Trail Blazers dan Orlando Magic mengejutkan pasukan pilihan utama, Los Angeles Lakers dan Milwaukee Bucks.

Damian Lillard menjaringkan 34 mata ketika Trail Blazers membenam pasukan pilihan utama West Conference, Lakers 100-93 dan Nikola Vucevic menjaringkan 35 mata semasa Magic menewaskan pasukan pilihan utama Western Conference, Bucks 122-110 di Resort Walt Disney World di Florida.

“Setiap kali kami bermain sejak kami berada di sini adalah seperti perlawanan playoff,” kata Lillard. “Jadi itu mempersiapkan diri kami untuk perlawanan seperti ini.”

Kali terakhir pasukan pilihan utama NBA tewas dalam perlawanan pembukaan playoff adalah pada 2003 semasa San Antonio Spurs dan Detroit Pistons kecundang dalam perlawanan.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada Khamis di Orlando, Florida.

Lillard membuat beberapa percubaan tiga mata termasuk satu percubaan dari jarak 36 kaki dengan perlawanan berbaki tiga minit untuk menyamakan keputusan 89-89. Lillard sering menjalani latihan membuat percubaan tiga mata.

Reaksi kecewa LeBron James setelah Lakers tewas kepada pasukan bukan pilihan Trail Blazers, 100-93, semasa perlawanan pembukaan playoff. – AP

“Semasa musim panas, saya cuba mencari jalan bagaimana untuk meningkat cara permainan saya,” kata Lillard.

“Bermain di hadapan menjadi sebahagian besar apa yang ingin saya tambah dalam permainan saya. Ia telah membuahkan hasil. Ia akan memberi manfaat kepada usaha saya selama ini”.

CJ McCollum mencatat 21 mata dan pemain Bosnia, Jusuf Nurkic menjaringkan 16 mata dan 15 rebound buat Blazers, yang mencatat 13 daripada 34 lontaran tiga mata. Carmelo Anthony menambah 11 mata dan 10 rebound.

Anthony Davis menamatkan perlawanan dengan 28 mata dan 11 board, sementara LeBron James mencatat 23 mata dan 17 rebound dan 16 assist buat Lakers, yang bergelut untuk membuat percubaan tiga mata dengan hanya membuat lima daripada 32 percubaan.

Manakala, Kyle Kuzma memungut 14 mata. – AFP