Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERBI BEGAWAN, 19 SEPT – Pasukan D’Amazing KBT LBK dari Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Matarsad dan pasangannya, Awangku Hamdi bin Pengiran Haji Mansor telah menjuarai Pertandingan Dart Bergu Terbuka anjuran HDC bersama Naim Reality Sdn Bhd, yang diadakan baru-baru ini, bertempat di Shopping Komplex Permy Miri, Sarawak.
Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC Perbadanan Pembangunan Perumahan, Fathi bin Haji Hambli.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pegawai Tadbir dan Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi HDC, Dayang Masnah binti Jamali.
Seramai 57 pasukan seluruh Borneo termasuk 10 Pasukan dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai kejohanan tersebut. Tempat kedua disandang oleh pasukan Sulcon A dari Lawas, Sarawak dan tempat ketiga menjadi milik pasukan D amazing KBT RJ3 dari Brunei Darussalam.
(Klik di sini untuk berita lanjut)