Pasukan goalball wanita Turki sedia pertahankan gelaran

TOKYO, 3 SEPT – Para peserta Paralimpik bersaing untuk mendapatkan pingat terakhir dalam acara renang dan berbasikal hari ini, sementara atlet wanita Turki memburu untuk mempertahankan gelaran acara goalball ketika Sukan Paralimpik Tokyo menuju ke penghujungnya.

Sebanyak 55 pingat emas menjadi rebutan dalam kejohanan yang diadakan selama 10 hari tersebut, termasuk acara peringkat akhir goalball kategori lelaki dan wanita, salah satu sukan Paralimpik tiada bandingan dengan Olimpik.

Pasukan wanita Turki yang merupakan juara bertahan akan berdepan pasukan Amerika Syarikat (AS), yang berjaya melepasi halangan selepas ketinggalan untuk menewaskan Brazil di peringkat separuh akhir, kelmarin.

Ia merupakan perlawanan ketiga berturut-turut pasukan AS mengejar perlawanan pada separuh masa dan akhirnya berjaya meraih kemenangan, dan pemain AS, Amanda Dennis berkata pasukannya ‘enggan mengalah’.

“Tiada apa-apa yang dapat menghalang kami,” katanya. “Perkataan yang kami gunakan pada minggu ini ialah ‘berdaya tahan’.

Aksi pemain goalball wanita Turki semasa bersaing di Sukan Paralimpik Tokyo, baru-baru ini.- AP

Dalam acara final lelaki, Brazil akan bertemu China.

Dalam perlawanan awal pagi hari ini, Niels Vinks dari Belanda berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara perseorangan quad tenis berkerusi roda, mengalahkan pemain Jepun, Koji Sugeno, 6-1, 6-4.

Vink, 18, yang menyasarkan ingin menjadi atlet Paralimpik apabila dia menyaksikan Sukan Olimpik London 2012 bersama ibunya, merupakan pemain termuda kejohanan.

“Pengalaman terbaik saya,” kata Vink, yang turut memenangi dua pingat emas bersama rakan sepasukan, Sam Schroder.

“Memenangi pingat emas dalam acara beregu dan pingat gangsa dalam acara perseorangan, ia adalah sangat luar biasa. Untuk membawa pulang dua pingat daripada acara Paralimpik pertama, ia sangat luar biasa,” tambahnya.- AFP