Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pasukan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan julang Piala Futsal

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pasukan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan muncul juara dalam kejohanan Piala Futsal Kementerian Kesihatan selepas menewaskan Jabatan Perkhidmatan Jururawat 5-1 dalam peringkat akhir, hari ini.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan diadakan di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Jabatan Perkhidmatan Perubatan.

    Selepas perlawanan akhir tersebut, Pasukan Menteri Kesihatan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan. Kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 selepas masa penuh dan diteruskan ke penentuan penalti. Yang Berhormat Menteri Kesihatan berjaya menjaringkan gol pertama penalti untuk membantu pasukan menang 2-1.

    Kejohanan tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian dan untuk membina kerjasama berpasukan menerusi penyertaan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan.

    Sebanyak 12 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui, pegawai-pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan guru-guru kanan dari Sekolah Sukan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menyampaikan trofi kepada Pasukan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan selepas menjuarai Kejohanan Piala Futsal, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...