Pasukan kebangsaan naik dua anak tangga

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam naik dua anak tangga ke-189 dalam kedudukan terbaharu yang dikeluarkan oleh badan bola sepak dunia FIFA, kelmarin.

Pada Oktober 2017 pasukan kebangsaan mencapai kedudukan ke-184. Namun Brunei jatuh enam tangga ke-190 dalam kedudukan yang dikemaskini sebulan kemudian dan jatuh ke tangga ke-196 dalam kedudukan dunia setahun kemudian pada Oktober 2018.

Walau bagaimanapun, kedudukan mereka kemudian meningkat pada November 2018 dan seterusnya kekal berada di kedudukan ke-191 sehingga Selasa lalu.

Sebelum kedudukan terbaharu, Pasukan Tabuan tidak bergerak dari tempat ke-191 sejak September 2019.

Berdasarkan kedudukan untuk pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Brunei menduduki tempat ke-41 daripada 46 penyertaan, di hadapan Mongolia, Timor Leste, Guam, Pakistan dan Sri Lanka.

Pasukan Tabuan, yang mengumpulkan 903.9 mata, mengalahkan Dominica dengan 0.36 mata dan mendahului Sao Tome dan Principe dengan 0.59 mata sebagai peningkatan yang ketara.

Berikutan pelaksanaan pelan de-escalation tahap 5 bulan lalu, pasukan kebangsaan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang kelab domestik Kasuka FC dan pasukan yang terdiri daripada bintang Liga Super Brunei (BSL).

Brunei menyasarkan kedudukan di peringkat kumpulan Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember tahun ini di mana Brunei perlu mengatasi Timor Leste yang telah menyingkirkan mereka dalam kejohanan serantau pada tahun 2018 di peringkat kelayakan.

Manakala, Vietnam sebagai pasukan ranking terbaik AFF setelah naik satu tangga ke-92.

Thailand berada di kedudukan kedua terbaik dengan ranking ke-106 diikuti Filipina (125), Myanmar (139), Malaysia (153), Singapura (159), Indonesia (173), Kemboja (174), Laos (185) dan Timor Leste (196).

Aksi pemain kebangsaan semasa menjalani latihan baru-baru ini.