Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Pasukan khas JPA kaji pelaksanaan waktu bekerja 4 hari seminggu

KUALA LUMPUR, 30 JUN – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

“Jadi kita telah tubuhkan satu pasukan khas untuk melihat bagi pihak kerajaan berhubung sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955 sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu itu, banyak perkara perlu diperhalusi kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang ini sudah pelbagai selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.

“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya sambil menegaskan kajian itu tidak akan mengambil masa yang lama. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -