Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pasukan Liga Perdana setuju 5 pemain gantian

    LONDON, 1 APRIL – Pasukan Liga Perdana akan boleh menggunakan lima pemain gantian setiap perlawanan bermula musim hadapan dalam perubahan yang diumumkan selepas mesyuarat pemegang saham, kelmarin.

    Peralihan pemain simpanan meningkat daripada tiga kepada lima orang menjadikan Liga Perdana sejajar dengan pertandingan utama lain di Eropah. Liga tersebut telah menggunakan lima pemain simpanan sebagai langkah sementara apabila perlawanan disambung semula pada 2020 berikutan penggantungan pertengahan musim liga kerana pandemik COVID-19.

    Lembaga Persatuan Bola sepak Antarabangsa (IFAB) telah melanjutkan perubahan sebelum keputusan tetap yang dibuat pada Oktober lalu untuk mengekalkan pilihan menggunakan lima pemain gantian. Liga Perdana tersebut, bagaimanapun, telah memutuskan untuk tidak menggunakan cadangan IFAB untuk musim 2020-2021 dan sebaliknya kembali kepada tiga pertukaran.

    “Kelab-kelab bersetuju untuk menukar peraturan berkaitan pemain gantian,” kata pihak liga tersebut kelmarin. “Mulai musim hadapan, kelab akan dibenarkan menggunakan lima pertukaran, yang akan dibuat semasa perlawanan, dengan peluang tambahan pada separuh masa. Sebanyak sembilan pemain gantian boleh dinamakan dalam lembaran pasukan,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...