Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Pasukan Masjid Kg Pandan juara dikir

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 18 SEPT – Pasukan Masjid Kampung (Kg) Pandan menewaskan tujuh peserta lain untuk muncul juara dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam Dewasa yang berlangsung di Masjid Pekan Seria, hari ini.

Hadir menyaksikan pertandingan selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid di Daerah Belait, Awang Akop bin Haji Lamat yang dialu-alukan oleh Ketua Imam Masjid Pekan Seria, Haji Aminorddin bin Haji Mohd Yussof.

Pasukan lain yang menyertai pertandingan berkenaan adalah Masjid Muhammad Jamalul Alam, Masjid Kg Pandan, Muslimah Al Zakra, Jauharatul Qastri, Wardatuk Jamilah M.J.L. Al Muhajiran, Syabab, AsySyuhada dan Masjid Kg Sungai Liang.

Dalam ucapannya, Haji Aminorddin menjelaskan bahawa pertandingan berkenaan acara tahunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa takmir masjid berkenaan untuk mempromosikan lagi pembacaan Al-Quran serta menggalakkan para peserta dari kawasan sekitar untuk mengunjungi masjid sebagai pusat ilmu.

Dengan empat pasukan lelaki dan empat pasukan perempuan bertanding dalam kategori terbuka, beliau berkata bahawa persembahan para peserta dihakimi berdasarkan tiga kriteria, termasuk lagu, bahasa dan suara.

Majlis diikuti dengan pengumuman pemenang pertandingan di mana tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Wardabuk Jamilah M.J.L dan Syabab di tempat ketiga.

Selain menyampaikan trofi dan hadiah wang tunai kepada tiga pemenang teratas, tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian hadiah sagu hati kepada semua peserta.

Pemenang pertama bergambar ramai bersama tetamu kehormat selepas menerima hadiah.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -