LIVERPOOL, 5 FEB – Liverpool berjaya mara ke pusingan ke-5 Piala FA buat kali pertama di bawah Jurgen Klopp, meskipun beliau tidak berada di Anfield bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Klopp tetap dengan pendirian tekad bahawa dia dan pemain seniornya akan bercuti dan tidak beraksi minggu ini berikutan dengan cuti pertengahan musim sejuk bagi perlawanan bola sepak Inggeris. Liverpool menurunkan pasukannya yang termuda untuk perlawanan yang cukup kompetitif ini, di mana mereka ratanya berusia 19 tahun untuk berlawan di pusingan keempat ke atas divisyen ketiga Shrewsbury semalam.
Pemain-pemain muda yang diketuai oleh jurulatih bawah-23, Neil Critchley, meraih kemenangan 1-0, sekali gus membawa Liverpool ke perlawanan 16 terakhir mereka yang berkemungkinan mereka tidak akan bermain.
Liverpool akan berdepan menentang Chelsea pada awal Mac. Critchley berkata Klopp menghantar mesej kepada pasukan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.
“Dia gembira dengan prestasi dan hasilnya,” kata Critchley mengenai Klopp. Jaringan gol sendiri pada minit ke-75 menyempurnakan perlawanan itu hasil jaringan pemain Ro-Shaun Williams, bekas pemain muda pasukan musuh saingan sengit Liverpool, Manchester United.
Williams menjaringkan gol melalui tendangan jauh selepas hantaran lintang dari Liverpool dan hanya berjaya mengalahkan penjaga gol Shrewsbury yang terkejut selepas keluar untuk menangkap bola.
Shrewsbury, yang kembali bangkit dari ketinggalan dua gol menyamakan kedudukan 2-2 tiga minggu lalu, mempunyai sedikit peluang di Anfield tetapi mempunyai gol yang dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid pada minit ke-58. Kemenangan itu terus memberi peluang Liverpool menjuarai beberapa trofi lagi. The Reds hampir memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris untuk pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun dan berada 16 perlawanan akhir dalam mempertahankan Liga Juara-Juara. – AP





























