Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pasukan Nadi JPK menang kejohanan futsal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Bagi mempromosikan gaya hidup sihat, Jabatan Perkembangan Kurikulum (CDD), Kementerian Pendidikan kelmarin telah menganjurkan Kejohanan Futsal CDD 2022 di Kompleks Sukan JKR.

    Kejohanan tersebut dimenangi oleh pasukan Nadi JPK. Trofi Pemain Terbaik dirangkul oleh Pengiran Jusri, manakala Trofi Penjaring Terbanyak kejohanan pula diraih oleh Haji Mohamad Sahraini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan piala pusingan berserta pingat kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Ali Hamdani bin Muhamad Diah.

    Gambar ramai pemain bersama piala pusingan dan pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Futsal CDD 2022 kelmarin. – Gambar serahan Kejohanan Futsal CDD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...