Pasukan pakar perubatan China dijangka tiba di Sabah esok

KOTA KINABALU, 27 APRIL – Lapan pakar perunding perubatan dari China dijangka tiba di Sabah esok untuk berkongsi pengalaman mereka menangani wabak COVID-19, menurut Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Frankie Poon Ming Fung.

“Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dan teruja untuk bertemu mereka kerana percaya kami boleh mempelajari daripada pengalaman mereka menangani masalah pandemik ini semasa kunjungan dua hari ke sini,” katanya hari ini. – Bernama