Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Pasukan penyelamat asing mula berlepas ke Maghribi

    RABAT, 11 SEPT – Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Afrika Utara itu, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Maghribi, MAP, hari ini.

    Britain menghantar 60 pakar mencari dan menyelamat, bersama peralatan dan empat anjing pengesan untuk menyokong operasi yang diketuai oleh Maghribi, kata duta Britain, Simon Martin dalam satu hantaran yang dimuat naik awal Isnin di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Unit menyelamat dan mencari pasukan tentera UME dari Sepanyol menaiki pesawat di pangkalan udara Zaragoza, Sepanyol pada 10 September bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa di Maghribi. – AP

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...