Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Pasukan petanque akan sertai kejohanan di Johor

-

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Negara Brunei Darussalam akan menghantar pasukan lelaki dan wanita untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022 Terbuka Lelaki dan Wanita di Arena Petanque MBJB di Tampoi Utama dan Arena Petanque di Impian Emas, Johor Baharu, hujung bulan ini.

Pasukan lelaki negara terdiri daripada Haji Mohd Nawawi bin Haji Nauhi, Haji Mohd Sahmedeyn bin Haji Kahar, Abdul Afiq bin Abdul Aziz, Masli bin Haji Mohd Said, Wirna bin Haji Mohd Yassin, Mazlan bin Haji Yahya, Mohd Amir bin Haji Sapar dan Abdul Manaff Didi bin Ahdi Badaruddin.

Sementara itu pasukan wanita diwakili oleh Hajah Norhaini binti Haji Dollah, Surtini binti Haji Abidin, Norhani binti Haji Juna dan Mulsinah binti Haji Amran selain disertai oleh pemain pelapis iaitu Norhafilah binti Haji Arun dan Raihani binti Haji Mohd Noor.

Acara di Johor menandakan penyambungan semula aksi kompetitif negara sejak penularan COVID.

Kira-kira 900 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk dari Korea Selatan, Denmark, Thailand, Perancis, Australia, Singapura, Zambia dan New Macedonia dijangka akan mengambil bahagian.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ Haji On Jabbar berkata acara tersebut telah disertai oleh Persekutuan Antarabangsa Petanque (FIPJP) sebagai acara tahunan.

Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam (BDPF), Haji Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduk Haji Abdullah turut menyertai atlet kebangsaan bagi sesi bergambar di Gelanggang Petanqu di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

Pasukan petanque negara akan berlepas ke Johor Baharu pada 23 Ogos.

Presiden BDPF dan atlet petanque negara bergambar ramai di Gelanggang Petanque di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -