Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Rimba Star bangkit tewaskan BESA FC

    Oleh Hasrulraizan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Rimba Star FC bangkit dari ketinggalan 0-1 kepada BESA FC sebelum Wafiuddin bin Abdullah menjadi wira Rimba Star FC dengan menjadikan kedudukan 2-1 dalam aksi Kumpulan B, Piala Remaja Elit Bawah 16 Tahun (B-16) NFABD 2017 di Padang Turf NFABD.

    Sementara aksi di Padang Kemasyarakatan Bengkurong menyaksikan Parma Junior FC menang tipis 1-0 ke atas BTC Red Star.

    BESA FC bermula baik apabila mendahului 1-0 seawal minit ke-8 menerusi jaringan Zuhairi bin Marzuki tetapi sembilan minit sebelum separuh masa tamat iaitu pada minit ke-21, Abby Marwan bin Azizan berjaya menyamakan kedudukan buat Rimba Star FC.

    Kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk menjaringkan gol kemenangan, dengan BESA FC hanya mampu menggegarkan palang Rimba Star FC dua kali pada separuh masa pertama.

    Nasib ternyata memihak Rimba Star FC apabila gol kemenangan diraih pada minit ke-54, hanya enam minit sebelum pengadil meniupkan wisel penamat, menerusi percubaan Wafiuddin.

    Perebutan bola dari sepakan sudut BESA FC (ungu) dalam petak bahaya Rimba Star FC (biru). Perlawanan dimenangi Rimba Star FC 2-1.
    Perebutan bola dari sepakan sudut BESA FC (ungu) dalam petak bahaya Rimba Star FC (biru). Perlawanan dimenangi Rimba Star FC 2-1.

    Sementara di Padang Kemasyarakatan Bengkurong, gol tunggal Mohd Amirul Idzhar pada minit ke-45 sudah cukup untuk Parma Junior FC pulang membawa tiga mata penuh.

    Dengan dua keputusan berkenaan Rimba Star FC mengukuhkan kedudukannya di puncak Kumpulan B dengan 10 mata, sementara Parma Junior FC dengan tujuh mata memintas BTC Red Star, enam mata, di tangga kedua.

    Dalam kumpulan sama, BESA FC kekal di tangga kelima dengan tiga mata. Dua lagi pasukan iaitu Projek Ikan Pusu menduduki tempat keempat dengan empat mata, manakala Tabuan C di kedudukan tercorot dengan satu mata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda