Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan sorak warga emas tetap bersemangat

    SAMCHEOK, Korea Selatan – Dengan menggerak-gerakkan ‘pom pom’ berwarna putih ke udara, berpuluh orang ahli sorak yang sudah berusia, dengan mengenakan baju sedondon merah putih, cuba melompat dan mengikuti rentak muzik K-pop yang mengisi ruangan bilik latihan.

    Separuh daripada sesi latihan dua jam mereka, kebanyakan daripada penari warga emas itu tercungap-cungap dan berpeluh. Jangan biarkan sakit lutut dan belakang menghalang mereka dari melakukan aktiviti ini malah mereka berpendapat aktiviti ini telah membuatkan mereka merasa sihat dan muda.

    “Kerana saya datang ke sini, saya tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan,” kata Oh Geum-Nyu berusia 82 tahun. “Walaupun saya kelihatan tua dari segi luaran, namun masih muda di hati saya.”

    Oh adalah salah seorang ahli tertua di Cheer Mommy, sebuah pasukan skuad sorak mempunyai 30 anggota dengan purata usia 75 tahun, yang berpangkalan di Samcheok, pantai timur Korea Selatan.

    Jangka hayat dalam ekonomi keempat terbesar di Asia ini semakin meningkat dengan pesat, di mana purata usia boleh menjangkau sembilan dekad bagi wanita yang lahir pada tahun 2030, yang paling lama di dunia, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet.

    Dengan menggerak-gerakkan ‘pom pom’ berwarna putih ke udara, berpuluh-puluh ahli sorak yang sudah berusia, dengan mengenakan baju sedondon merah putih, cuba melompat dan mengikuti rentak muzik K-pop yang mengisi ruangan bilik latihan.  – AFP
    Dengan menggerak-gerakkan ‘pom pom’ berwarna putih ke udara, berpuluh-puluh ahli sorak yang sudah berusia, dengan mengenakan baju sedondon merah putih, cuba melompat dan mengikuti rentak muzik K-pop yang mengisi ruangan bilik latihan. – AFP
    Ahli-ahli ‘Cheer Mommy’, skuad sorak yang mempunyai 30 anggota dengan purata usia mereka adalah 75 tahun, melakukan latihan rutin mereka di bilik latihan Samcheok, di pantai timur laut Korea Selatan. – AFP
    Ahli-ahli ‘Cheer Mommy’, skuad sorak yang mempunyai 30 anggota dengan purata usia mereka adalah 75 tahun, melakukan latihan rutin mereka di bilik latihan Samcheok, di pantai timur laut Korea Selatan. – AFP

    Menurut hasil kajian oleh penyelidik di Imperial College London, pemakanan yang baik dan akses yang lebih luas kepada penjagaan kesihatan telah memberikan impak terhadap fenomena ini. Sesetengah pakar di Korea Selatan juga menunjukkan faktor-faktor sosial memainkan peranan penting di sebalik usia yang panjang ini.

    “Kasih mereka terhadap perhimpunan tidak rasmi dan menjalin ikatan persaudaraan baru, yang menjana sumber tenaga itu,” kata Chung Soon-dool, seorang profesor kebajikan sosial di Universiti Wanita Ewha di Seoul.

    Kebanyakan wanita di Korea Selatan dalam usia 60-an dan yang lebih tua telah menghabiskan masa mereka memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa di mana kaum wanita berada di rumah dan membesarkan anak-anak. Kini sebahagian daripada mereka melakukan kegiatan pilihan mereka sendiri buat pertama kali selepas bersara sebagai seorang ‘pengasuh’.

    “Saya telah membesarkan tujuh cucu saya apabila rakan saya memberitahu saya mengenai tempat ini,” kata ahli Cheer Mommy, Ahn Young-Ja, 65.

    Lee Pal-Soon, 82, juga mengambil kelas nyanyian apabila beliau tidak melakukan aktiviti sorakan, berkata beliau menikmati ‘fasa kedua’ kehidupannya selepas berkahwin dan mempunyai lima orang anak.

    Ada yang memilih untuk menjaga otak mereka untuk sentiasa kekal aktif dengan mengikuti kelas-kelas di sekolah, seperti Kim Soon-Sil yang berusia 88 tahun, merupakan antara 370 pelajar berumur 60 tahun dan keatas, mengikuti pembelajaran di Sekolah Wanita Ilsung di Seoul.

    Kim, yang membesar di bawah penjajahan Jepun Korea 1910-1945, terpaksa meninggalkan sekolah pada usia 13 tahun dan tujuh dekad kemudian beliau kembali meneruskan pembelajarannya dalam bidang Sejarah dan Bahasa Inggeris.

    “Setiap hari, saya dapat merasakan perubahan kecil dari segi kesihatan saya, dan jika kesihatan saya mengizinkan, saya mahu meneruskan pembelajaran saya ini ke peringkat university,” kata Kim.

    Kerajaan Korea Selatan telah melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk menampung penduduk berusia yang kini semakin meningkat – di mana kaum lelaki juga bakal menjadi kaum lelaki yang mempunyai usia yang lama di dunia, menurut kajian daripada Imperial College – termasuk membuka lebih banyak lagi pusat komuniti dan menganjurkan aktiviti riadah untuk warga tua.

    Semasa separuh daripada sesi latihan dua jam mereka, kebanyakan daripada penari warga emas ini tercungap-cungap dan berpeluh. – AFP
    Semasa separuh daripada sesi latihan dua jam mereka, kebanyakan daripada penari warga emas ini tercungap-cungap dan berpeluh. – AFP
    Ahli kumpulan sorak ‘Cheer Mommy’ melakukan latihan mereka di bilik latihan di Samcheok. – AFP
    Ahli kumpulan sorak ‘Cheer Mommy’ melakukan latihan mereka di bilik latihan di Samcheok. – AFP

    Tetapi pakar berkata hasilnya boleh melumpuhkan dalam menghadapi krisis demografi yang menjulang di negara itu dengan kadar kelahiran paling rendah di dunia. Kira-kira 6.5 juta daripada 50 juta penduduk di negara ini adalah berusia 65 tahun atau lebih tua pada tahun 2015, dan dalam tempoh 10 tahun akan datang, seorang daripada lima penduduk Korea Selatan akan bersara, menurut laporan Statistik Korea pada bulan Disember.

    Jangka hayat penduduk yang bekerja di negara ini mula merosot pada tahun lepas, katanya, dan menjelang 2065 ianya akan ditewaskan oleh jumlah pesara.

    “Persoalannya siapa yang akan bertanggungjawab terhadap peningkatan kos keselamatan sosial ini,” kata Profesor Chung. “Ia tidak akan menjadi masalah jika bilangan anak-anak muda juga semakin meningkat, tetapi itu bukanlah kesnya buat masa ini.”

    Pihak berkuasa perlu mempertimbangkan peningkatan umur persaraan, kata Ha Jung-Hwa, profesor kebajikan sosial di Universiti Kebangsaan Seoul.

    “Adalah penting jika kerajaan memperkenalkan dasar-dasar baru untuk menjaga warga emas yang sihat dan berkemahiran dalam pasaran kerja,” katanya.

    Cheer Mommy bermula sebagai program kegiatan waktu lapang tempatan, tetapi kini kumpulan tersebut sering membuat pengembaraan ke seluruh negara untuk bersaing dalam kejohanan peringkat kebangsaan menentang pesaing-pesaing mereka yang jauh lebih muda.

    Ahli yang paling muda berusia 63 tahun, koreografi meredari segi lambungan atau ‘balik kuang’ adalah kurang. Bagi mereka ia perlu dilakukan sebanyak dua kali untuk mengingati rutin tersebut, dan pengajar Yoon Bok-Ja berkata:

    “Mereka juga lambat seperti penyu tetapi mereka tidak berputus asa sehingga ianya sempurna.”

    Sekumpulan nenek-nenek yang ceria ini menukar pakaian seragam mereka seterusnya – mempunyai jersi bercorak grafiti, seluar sut balapan putih dan topi besbol hitam – bersedia untuk melakukan rutin ‘Gangnam Style’, dan melaungkan: “Lompat lompat! Muda! Menuju 100 tahun kehadapan!”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda