Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pasukan Tabuan bakal berdepan Harimau Malaya

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam berlepas ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan antarabangsa peringkat satu menentang Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Bagi penampilan persahabatan kali kedua ini, seramai 25 pemain telah disenaraikan.
    Perlawanan menentang Malaysia nanti bakal menyaksikan barisan pemain pasukan utama iaitu Haimie anak Nyaring, Abdul Mu’iz bin Sisa, Azwan Mohd Salleh, Muhammad Najib bin Tarif dan Mohammad Hendra Azam bin Mohd Idris.

    Manakala itu, ketua jurulatih kebangsaan, Haji Mohd Rosanan bin Abdullah Samak akan mengendalikan pasukan dan akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih, Ali bin Mustapha.
    Delegasi ke Kuala Lumpur telah diketuai oleh pengurus pasukan, Pengiran Haji Mohammad Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin.

    Sementara itu senarai barisan pegawai yang turut menyertai delegasi tersebut juga termasuk penolong pengurus pasukan, Ah Chua Bangau; jurulatih, Haji Rosaidi bin Haji Mohd Khamis; Rosmin bin Haji Mohd Khamis; Atsushi Hanita; Moksen Mohammad;
    Shuntaro Hagino dan Mohd Hazim bin Hamzah.

    Para pemain Pasukan Tabuan bergambar ramai sebelum berlepas bagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia kelmarin. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...