Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pasukan tenis kebangsaan berlepas ke Colombo

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Pasukan tenis Negara Brunei Darussalam akan berlepas ke Colombo, Sri Lanka bagi menyertai Piala Davis Asia 2022 / Kumpulan Oceania IV, yang akan berlangsung pada 8 hingga 13 Ogos di Gelanggang Persekutuan Tenis Sri Lanka.

    Ahli-ahli pasukan negara terdiri daripada Billy Wong selaku ketua pasukan, Kee Loong, Mohd Aiman Abdullah, Lim Chun Peng, Gavin Lim dan Awangku Ahmad Dasuqi bin Pengiran Haji Sulaiman.

    Pasukan kebangsaan diundi dalam acara ‘A’, yang turut disertai oleh pasukan tuan rumah Sri Lanka, Maldives, Bangladesh, Kyrgyzstan, Iraq dan Yaman.

    Penyertaan pasukan negara adalah yang pertama dalam Piala Davis, iaitu kejohanan khusus untuk pasukan-pasukan lelaki kebangsaan, sejak 2008 dan kejohanan pertama di luar negara sejak penularan pandemik COVID.

    Sementara itu, ketua pasukan negara berkata, “Kami akan berusaha untuk menang atau meraih tempat kedua peringkat kumpulan. Kami jarang bertemu lawan dari rantau ini, tetapi kebiasaannya standard kumpulan adalah hampir sama.”

    Sebelum pemilihan pasukan, satu kejohanan playoff telah diadakan bagi mencari pemain untuk mewakili negara.

    “Kami menganjurkan kejohanan playoff sebaik sahaja kami mengetahui bahawa kami perlu menghantar pemain. Ini bagi membolehkan kami membuat persediaan secepat mungkin. Pemain-pemain yang dipilih terdiri daripada pemain lima teratas.”

    Setiap pusingan menyak-sikan dua perlawanan perseorangan diadakan dan satu perlawanan beregu, dan negara yang mula-mula mencatat dua kemenangan akan diumumkan pemenang.

    Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan bertemu masing-masing dalam playoff, dengan pemenang akan dipromosikan ke Asia/Kumpulan Oceania III tahun hadapan.

    Hadir bagi mengucapkan selamat kepada berlepas pasukan kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Presiden Persekutuan Tenis Brunei Darussalam (BDTA), Pengiran Zahiruddin bin Pengiran Zahari, Naib Presiden BDTA, Pengiran Sufferizal dan Setiausaha Agung BDTA, Awang Yusree Yusainey.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...