Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan UBD terpaksa akur

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) terpaksa akur apabila berjaya dikalahkan oleh Pasukan Universiti Sung Kyun Kwan (SKKU) dari Korea Selatan dengan jaringan 61-118 dalam aksi akhir Perlawanan Amal Bola Keranjang yang diadakan di Dewan Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong pada hari ini.

    Perlawanan berkenaan dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UBD (Hal-Ehwal Global), Dr. Joyce Teo siew Yean, Setiausaha di Kedutaan Besar Korea Selatan, Kwon Jo Yang dan Timbalan Presiden Akademik dan Hal-Ehwal Awam SKKU, Profesor Dr. Kim Yun-Bae.

    Kehadiran tetamu khas di perlawanan berkenaan dialu-alukan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UBD, Mohammad Ashmeer Anak Lelaki Imtiaz Ahmad.

    Pasukan UBD seakan-akan tersentap dengan rentak dan corak permainan pasukan pelawat apabila ketinggalan 7-34 pada suku pertama. UBD bangkit pada suku kedua apabila berjaya mengatasi SKKU dengan jaringan 22-20.

    Namun, pada suku ketiga SKKU sekali lagi berjaya mengatasi pasukan tuan rumah dengan jaringan 15-39 sebelum tewas pada suku keempat dengan jaringan 17-25 menjadikan mata jaringan 61-118 hingga akhir perlawanan.

    Barisan pemain bola jaring Pasukan UBD dan Pasukan SKKU bergambar ramai bersama tetamu kehormat dalam perlawanan amal tersebut. – Gambar oleh Fadhil Yunos
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda