Pasukan wanita England lakar sejarah

LONDON, 1 DIS – Ellen White memecah rekod jaringan terbanyak pasukan kebangsaan Wanita England selepas mereka mencatat kemenangan terbesar dengan memalukan Latvia 20-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, semalam.

White berjaya menjaringkan dua gol pada awal perlawanan untuk menyamakan dan seterusnya memecah rekod yang dipegang Kelly Smith yang meledak 46 gol, sebelum melengkapkan hatrik tidak lama selepas babak kedua bersambung.

Penyerang Manchester City itu adalah salah seorang daripada empat pemain yang mencatat hatrik pada perlawanan tersebut. Lauren Hemp berjaya menyumbat empat gol, sementara Beth Mead dan pemain gantian, Alessia Russo turut meledak tiga gol.

Beth England berjaya mencatat dua gol, dan jaringan Ella Tonne, Georgia Stanway, Jess Carterm Jill Scott dan Jordan Nobbs melengkapkan kemenangan bersejarah di Doncaster itu.

Keputusan itu memecahkan rekod sebelumnya iaitu kemenangan 13-0 ke atas Hungary pada 2005.

England turut mencatat kemenangan dua angka bulan lalu apabila kedua-dua pasukan bertemu di Riga dengan keputusan akhir 10-0. – AFP