Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paten 12 negara TPPA dijangka diselaras

    KUALA LUMPUR, 16 Jan – Pakar harta intelek (IP), Adipven (M) Sdn Bhd dan Mathys and Squire LLP, firma di United Kingdom, menjangkakan undang-undang paten dalam kalangan 12 negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan diseragamkan.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Adipven juga berkata pelaksanaan TPPA, dan Brexit (pungutan suara United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah), akan menyebabkan perubahan ketara kepada sistem paten masa ini dan cara melakukan perniagaan di Malaysia, United Kingdom, Eropah dan Jepun.

    Pengarah Urusan Adipven Ramakrishna Damodharan berkata syarikat digalakkan supaya memohon paten di negara-negara ini bagi mencegah pihak ketiga bersaing dengan mereka dalam bidang tersebut.

    “Syarikat tempatan harus mengambil perhatian bahawa IP adalah alat yang penting untuk melindungi perniagaan mereka,” katanya.

    Adipven dan Tecgnology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd bersama-sama menganjurkan perbincangan meja buat berkenaan sistem paten di negara-negara tersebut.

    Perbincangan tersebut, yang menumpukan pada kemungkinan kesan ke atas undang-undang paten berikutan pelaksanaan TPPA dan Brexit, dihadiri 30 wakil dari pelbagai industri, termasuk penyewa inkubati TPM, universiti dan institusi penyelidikan dari seluruh Malaysia.

    Sementara itu, Pengurus Besar Inkubator dan Pembangunan Teknoprenur TPM, Azarai Shuib berkata perbincangan meja bulat itu adalah yang pertama antara lebih 100 program teknoprenur dan inovasi yang disediakan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017.

    Bagi tahun ini, Inkubator dan Pembangunan Teknoprenur TPM akan menumpukan pada usaha untuk mempromosi program inkubator maya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda