Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih atas dugaan menimpa anak lelakinya itu.
Bagi Patimah sukar untuknya melihat Syamsul melalui fasa hidupnya seorang diri termasuk kes perceraian dengan Ira Kazar kelmarin.
“Sejujurnya mengalir air mata melihat anakku mengharungi takdir hidup seorang diri,” katanya.
Patimah menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis selepas Syamsul sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar.
Tambah Patimah dalam apa jua keadaan dia sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.
“Namun doa sentiasa mengiringi hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” luahnya.
Kisah hubungan Syamsul dan kedua ibu bapanya sebelum ini menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga. Bagaimanapun tidak pernah didedahkan punca kemelut antara merela.
Syamsul ketika ditemui ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis pula enggan mengulas tentang isu hubungan dia bersama ibu bapanya. Ini kerana kata Syamsul dia mahu menyelesaikan konflik di antara mereka secara peribadi dan tidak membabitkan orang luar. – Agensi