SHANGHAI, 2 Ogos – Alexandre Pato dari Brazil menjaringkan salah satu gol terbaik musim ini ketika Shanghai SIPG menewaskan Tianjin Quanjin 4-1 untuk berada di tangga kedua dalam Chinese Super League. Bekas bintang AC Milan itu, 28, melakukan sepakan yang melepasi dinding pertahanan Shanghai SIPG pada minit ke-27 untuk memastikan Tianjin seri 1-1 lewat semalam.
Bola jelas dalam kedudukan tersasar, sebelum menerjah masuk ke gawang sekurang-kurangnya pada jarak 30 ela. Pato menemukan semula rentaknya sejak tiba di China 18 bulan lalu selepas mengalami beberapa kecederaan yang menamatkan kerjayanya di Eropah.
Tetapi pemain penyerang itu semalam diatasi oleh rakan senegaranya dari Brazil, Oscar, yang menjaringkan gol bagi perlawanan kedua berturut-turut ketika SIPG mencatatkan kemenangan 4-1. Dua lagi pemain Brazil lain, Hulk dan Elkeson, juga menjaringkan gol bagi tuan rumah ketika SIPG mengungguli tangga kedua dalam CSL di belakang pendahulu Shandong Luneng.
Beijing Guoan boleh kembali di kedudukan teratas dengan kemenangan ke atas Hebei China Fortune kendalian Chris Coleman dalam persaingan hari ini. – AFP