Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pato hentam Shanghai Shenhua

    SHANGHAI, 18 Julai – Alexandre Pato telah menemui semula cintanya untuk bola sepak di China selepas beberapa tahun menyaksikan kerjayanya terumbang-ambing sebelum dia mencapai kemuncak kerjayanya.

    Penyerang berusia 27 tahun itu membuat rembatan kencang dari jarak jauh dalam kemenangan 3-0 Tianjin Quanjian ke atsa Shanghai Shenhua, di mana Carlos Tevez hanya menjaringkan dua gol liga dalam musim dibelenggu kecederaan.

    Sebagai perbandingan, Pato telah menjaringkan sembilan gol dalam 16 perlawanan Liga Super China (CSL) dalam kempen pertamanya, lapan dalam 10 perlawanan terakhir, dan kelihatannya bermain dengan cemerlang di bawah pengawasan pemenang Piala Dunia dari Itali, Fabio Cannavaro.

    “Percaya diri anda,” kata Pato selepas kemenangan itu yang melonjakkan Tianjin ke tangga ketiga, menggambarkan satu nafas baru selepas lima tahun yang teruk, termasuk satu pinjaman di Chelsea.

    Tidak seorang pun mendakwa bahawa CSL setaraf dengan Liga Perdana Inggeris, tetapi Pato mula menjaringkan gol lagi, memberikan umpanan gol dan mendapat pujian.

    Gambar fail pada 4 Mac 2017 menunjukkan penyerang Tianjin Quanjian, Alexandre Pato (tengah) membuat percubaan sambil cuba dikekang oleh pemain Guangzhou R&F di Guangzhou. Pato kini menemui semula prestasinya di China selepas merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP
    Gambar fail pada 4 Mac 2017 menunjukkan penyerang Tianjin Quanjian, Alexandre Pato (tengah) membuat percubaan sambil cuba dikekang oleh pemain Guangzhou R&F di Guangzhou. Pato kini menemui semula prestasinya di China selepas merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

    “Saya tidak terkejut dengan persembahan Pato, kami sedar mengenai kebolehannya sebelum kami membelinya,” kata Cannavaro kepada para wartawan. “Dia dengan pantas menyesuaikan diri dengan komuniti China.”

    Pato sebelum ini dianggap sebagai bintang super Brazil seterusnya apabila dia ketika berusia 17 tahun, cemerlang ketika menjadi sebahagian pasukan Internacional yang menewaskan Barcelona di Piala Dunia Kelab 2006, memecahkan rekod Pele sebagai penjaring termuda dalam kejohanan FIFA.

    Tetapi selepas AC Milan memenangi Serie A pada tahun 2010-11, kecederaan telah menghantuinya dan prestasi Pato jatuh mendadak. – AFP

    Tetapi Pato telah menemui semula azimatnya di Tianjin, di mana dia telah disertai oleh penyerang Perancis, Anthony Modeste, yang telah ditandatangani minggu lepas bagi pinjaman selama dua tahun dari Cologne bagi membentuk antara serangan digeruni dalam bola sepak Asia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda