Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patuhi arahan sifar GST mulai 1 Jun ini

    KUANTAN, 30 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap sedia dengan anggota penguatkuasanya untuk memastikan peniaga-peniaga di negeri ini mematuhi sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun depan.

    Timbalan Pengarahnya Alwi Abdul Hamid berkata, pihaknya setakat ini telah melakukan pemeriksaan terhadap 349 premis di daerah di negeri ini dengan melibatkan 10,170 jenis barangan yang dikenakan GST.

    “Pada 1 Jun akan datang kami akan pergi untuk membuat semakan sekali lagi untuk memantau dan mengingatkan peniaga supaya tidak mengenakan GST dan operasi ini juga akan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Operasi Harga Khas Ramadan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini dengan melibatkan seramai 40 orang pegawai agensi penguatkuasa berkenaan.

    Katanya peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga, Akta Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan.

    Sementara itu, katanya hasil operasi yang dilakukan hari ini mendapati tiada sebarang kenaikan harga barangan basah seperti ayam, sayur, daging dan ikan yang direkodkan di Pasar Besar Kuantan.

    “Daging tempatan dijual pada harga RM30 sekilo, ayam RM8.50 seekor, di mana sebelum ini terdapat peniaga yang menjual dengan harga RM9 seekor, jadi saya nampak ada penurunan harga.

    “Ikan kembung masih lagi dengan harga RM16 sekilo dan sayur-sayuran juga didapati tiada kenaikan harga,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda