Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Patuhi langkah keselamatan di tempat kerja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kejadian seorang pekerja yang tersepit di antara rangka bateri dan rel pengadang besi di bawah lori angkut semasa cuba membaiki lori tersebut pada 12 Januari lalu yang mengorbankan pekerja terbabit, boleh dielakkan dengan mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan di tempat kerja.

    Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini, menjelaskan antara langkah-langkah yang harus dilakukan ialah sentiasa memastikan dumper bucket yang dinaikkan disokong secukupnya sebelum melakukan sebarang kerja di bawahnya.

    Pekerja juga diminta tidak bergantung pada sistem hidraulik trak untuk menahan dumper bucket semasa bekerja di bawahnya.

    Selain itu, pekerja juga dinasihatkan mengetatkan kunci dumper bucket sebelum kerja-kerja dijalankan bagi memastikan sokongan dipasang secara kekal dan mengelak ia terturun tanpa tidak disengajakan atau dumper bucket itu terjatuh secara tiba-tiba.

    Penyesuaian buatan sendiri tidak digalakkan sebagai cara memberikan sokongan.

    SHENA juga menekankan bahawa dumper bucket perlu diturunkan sepenuhnya pada setiap masa dan memastikan kenderaan tersebut diperiksa oleh orang yang layak dan diselenggarakan secara teratur. Semua rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan hendaklah disimpan untuk rujukan masa depan.

    SHENA juga menasihatkan pihak berkaitan operasi lori angkut merujuk kepada manual pengendalian dan melakukan penilaian risiko untuk mengenal pasti bahaya dan jika sudah dikenal pasti, hendaklah menyingkirkan atau mengawal bahaya tersebut dengan segera serta mengelak pekerja mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bersendirian.

    Gambar fail lori angkut yang cuba dibaiki pekerja yang menghempapnya sehingga membawa maut. – Gambar serahan SHENA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...