Patuhi SOP elak kluster Raya

PUTRAJAYA, 20 MEI – Kewujudan ‘Kluster Raya’ dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Antara SOP itu ialah dengan duduk di rumah, amalkan jarak sosial termasuk ketika berbual, amalan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dan lakukan sanitasi dalam rumah khususnya atas permukaan yang kerap disentuh, katanya.

“Kita melihat kepada aliran jangkitan apabila ada perhimpunan besar-besaran atau pergerakan di satu tempat.” – Bernama