Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Patuhi SOP pusat tadika

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SER BEGAWAN, 12 JAN – Bagi memastikan keselamatan golongan kanak-kanak di pusat-pusat tadika sentiasa terjaga, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah pun ditetapkan termasuklah dari segi kebenaran bagi pusat-pusat berkenaan untuk beroperasi iaitu hanya setelah lulus pemeriksaan daripada Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

Ibu bapa atau penjaga yang menghantar kanak-kanak mestilah sudah melengkapkan suntikan dua dos vaksin dengan menunjukkan pengesahan vaksin yang diterima sebelumnya serta memiliki kod BruHealth berwarna hijau atau kuning kepada pihak pusat tersebut.

Perkara berkenaan dihuraikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman mengenai langkah-langkah SOP bagi pembukaan pendidikan tadika dalam masa terdekat ini memandangkan kanak-kanak di pusat berkenaan terdiri daripada golongan berumur di bawah lima tahun dan belum lagi menerima suntikan vaksin, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

“Semua pelajar tadika nanti akan dikehendaki menjalani ujian saringan ART seminggu sekali dan hanya mereka yang mempunyai keputusan negatif akan dibenarkan untuk hadir ke premis-premis tersebut.

“Begitu juga semua pelajar yang berumur tiga tahun ke atas akan dikehendaki untuk memakai pelitup muka,” tambahnya.

Yang Berhormat Dato turut memohon para ibu bapa atau penjaga dan pemimpin pusat tadika untuk mematuhi segala SOP dengan sebaik-baiknya agar segala operasi dapat dijalankan dengan lancar.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -