Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Patuhi undang-undang jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Satu kompaun telah dikeluarkan melibatkan lesen memandu yang mansuh semasa operasi sekatan jalan raya dijalankan oleh Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan KM1, Jalan Lamunin, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, sepanjang operasi sekatan berkenaan sebanyak 35 buah kenderaan telah diperiksa melalui pendekatan stop & search dan stop & talk bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan, menjalinkan persahabatan yang tulus dalam kalangan masyarakat awam dan pihak polis.

    Sekatan jalan raya berkenaan melibatkan enam orang anggota Balai Polis Lamunin dengan diketuai oleh Inspektor Pengiran Muhammad Waie bin Pengiran Abdullah Sani.

    Di kesempatan dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, PPDB mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa peka semasa dalam pemanduan bagi mengelak sebarang insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.

    Operasi seumpamanya akan sentiasa dikendalikan bagi memastikan perundangan negara tetap dan sentiasa dipatuhi.

    Anggota PPDB menjalankan tugas semasa operasi sekatan jalan raya yang dijalankan di kawasan KM1, Jalan Lamunin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -