Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Patung batu 4,500 tahun ditemui di Gaza

    BANDAR GAZA, PALESTIN, 26 APRIL – Patung batu berusia 4,500 tahun menggambarkan wajah dewi kuno telah ditemui di selatan Semenanjung Gaza, umum pihak berkuasa arkeologi di enklaf Palestin semalam.

    Diukir daripada batu kapur dan 22 sentimeter panjang, patung 2500SM itu ditemui oleh seorang petani yang bekerja di ladangnya di Khan Younis, menurut kementerian pelancongan dan barang purba untuk Hamas, gerakan Islam yang memerintah Gaza.

    “Patung itu melambangkan dewi Anat,” kata Jamal Abu Reda, bertanggungjawab terhadap barang purba di kementerian itu, dalam satu kenyataan.

    Anat, salah satu dewi paling terkenal di Canaan, adalah dewi cinta dan perang. Ia ditemui di ‘laluan perniagaan penting untuk beberapa peradaban’ yang tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Semenanjung Gaza sekarang, menurut Abu Reda.

    Penemuan itu adalah yang terbaharu di Gaza, di mana tapak pelancongan dan arkeologi dihadkan disebabkan sekatan dikenakan oleh Israel sejak kumpulan Hamas mengambil alih enklaf pada 2007. – AP

    Seorang pekerja memegang patung batu berusia 4,500 tahun di Muzium ElBacha di Bandar Gaza kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...