WELLINGTON, 8 OGOS – Patung Lord Ernest Rutherford, perintis dalam nuklear fizik akan bercantum semula kakinya selepas polis bertindak pantas menyelam ke dalam sungai berais New Zealand untuk memberkas suspek yang mencurinya.
Lord Rutherford yang menang Hadiah Nobel dalam 1908, lahir di bandar Brightwater di pulau New Zealand di mana patung dirinya sebagai kanak-kanak dibina sehinggalah ia dicuri pada malam Jumaat lalu, dengan hanya kaki yang tinggal.
Imej suspek pencuri menunggang basikal pergi dari tempat kejadian membawa patung metalik berat itu dirakamkan CCTV.
Walau bagaimanapun, apabila suspek lelaki berusia 35 tahun itu terjun ke dalam Sungai Waiiti yang dibanjiri air di tengah-tengah musim sejuk untuk mengelak ditangkap polis semalam, namun konstabel Jamie White sanggup terjun ke dalam sungai untuk menangkapnya. Patung itu akan bersatu semula dengan kakinya di Taman Memorial Rutherford di Jalan Selatan Brightwater. – AFP