BUENOS AIRES, 11 Jan – Vandalisme di Buenos Aires telah memusnahkan sebuah patung pemain bintang Argentina, Lionel Messi, menyebabkan arca pemenang lima kali Ballon d’Or itu tanpa kepala dan bahagian atas badan.
“Patung Lionel Messi telah menjadi mangsa perbuatan vandalisme yang menyebabkannya tanpa bahagian atas badan,”
Patung itu dihasilkan dengan marmar hitam, telah dirasmikan pada bulan Jun tahun lepas hanya selepas Argentina tewas dalam final Copa America kepada Chile, dan selepas Messi mengumumkan persaraan antarabangsanya.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang kemudiannya keluar daripada persaraan, mempunyai hubungan yang rumit dengan penyokong bola sepak Argentina, sebahagian besarnya menuduhnya gagal mempamerkan prestasi hebatnya dengan Barcelona untuk negara.
Patung penghormatan kepada Messi serta beberapa bintang sukan yang lain seperti bintang bola keranjang, Manu Ginobili, pemenang empat kali Grand Slam Guillermo Vilas dan pemandu hebat Formula Satu Juan manuel Fangio juga terletak di sepanjang ‘walk of fame’ Buenos Aires. – AFP